Di sebalik Dinara
Watak & Perwatakan
Farisha
Watak & Perwatakan
Farisha
·
watak utama dalam novel Di
Sebalik Dinara
·
berusia dalam lingkungan
umur 26 tahun
·
seorang gadis yang genius
dan pakar dalam penggodaman IT
·
Seorang adik yang penyayang
·
Anak kandung kepada
Medina@Marilyn dan Karl
·
Berhati-hati dalam membuat
keputusan
·
Seorang yang amat
mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna.
Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai
peraturan yang diciptanya sendiri.
Shida
·
Kawan serumah dengan
Farisha
·
Rajin membaca
·
Berkelulusan dalam bidang
undang-undang tetapi memilih untuk menjadi penulis
·
Ditawarkan untuk menulis
rencana dan biografi Dinara
·
Menjadi pengganti Farisha
untuk berhubung dengan Karl secara bawah sedar
Azraai
·
Abang angkat Farisha
·
Sangat mengambil berat dan
sayang akan adik angkatnya, Farisha
·
Menjadi tempat rujukan
Farisha untuk membuat keputusan
·
Merahsiakan penyakit yang
sedang dihidapi daripada pengetahuan Farisha
·
Menghidapi penyakit jantung
Rosman
·
Rakan kongsi Farisha
·
Bersikap materialistik dan
mementingkan wang
·
Mengambil berat masalah
Farisha
Aqram
·
Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai dan
duduk di sebelahnya dalam penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.
·
Seorang yang tampan, kemas
dan sangat sempurna penampilannya.
·
Pekerja di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan
tubuh adik kandung Karl bernama Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah
seorang lelaki OKU.
Alia
·
Seorang pekerja senior di
Soft Lab
·
Perawakan wajah yang cantik
·
Cyborg pertama ciptaan Karl
yang menggunakan tubuh bekas isteri Karl bernama Rusmina. Mempunyai perasaan
cemburu dengan mana-mana wanita yang rapat dengan Karl
·
Sangat menyayangi Karl.
·
Kurang sabar dan cemburu.
Karl
·
Seorang saintis hebat yang
mencipta pelbagai teknologi
·
Saling bersaing kehebatan
dalam bidang teknologi dengan Marilyn@Medina
·
Bermusuh dengan
Marilyn@Medina kerana persaingan dunia sains
·
Bapa kandung Farisha
·
Menghidapi kanser usus
tahap 4 dan dirawat di bilik khas dalam rumah agamnya di Puchong.
Medina@Marilyn
·
Wanita keturunan Portugal
·
Cantik, putih dan berambut
keriting
·
Bijak dan hebat dalam
bidang sains
·
Banyak membantu dalam
kerja-kerja penyelidikan Karl
·
Berdendam dengan Karl
kerana persaingan dunia sains
Nilai
1. Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar
dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan
didikan bapa kandungnya, Karl
2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas
antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan
adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang
bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah
terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca
daripada implan yang telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai
jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh
bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang
menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi
menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih
mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.
5. Kepatuhan kepada ketua
Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu
Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup
meneruskan misi mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak
rintangannya.
6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat
kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan
projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk
mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu
berbincang untuk kepentingan Dinara.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya,
dia sangat sayang kan adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau
pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen
Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak perkara.
2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan
manusia.
Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga
hampir mengorbankan zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan
pelbagai implan dan ubat untuk menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.
Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya.
Contohnya, untuk menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl
telah mengorbankan 2 orang manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.
Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab
untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan
abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.
4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita
Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak
seharusnya bercakap di telefon dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang
lain di sekitarnya.
5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita
dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl
iaitu mencari Farisha sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk
menyelamatkan masa depan Dinara.
LATAR
Latar Masa
1. Malam
Farisha sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba
membuka pintu dengan mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan
interkom minta bantuan teman serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk
makan malam. Pada waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang
menyedihkannya iaitu berita penyakit abangnya dan kenyataan yang dirinya hanya
anak angkat kepada keluarga Azraai.
Pada waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang
di pejabatnya Secured Shell untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini
yang ditawarkan oleh Soft Lab. Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam kerana
Farisha sakit kepala.
Karl meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang
terlibat dalam projek Dinara ada di rumah agam Karl. Alia meraung, manakala
Medina menangis teresak-esak.
2. Pagi / Siang
Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk
mengambilnya. Mereka berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel
Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan angka 8.15 pagi. Simposium akan bermula
pada jam 9.00 pagi.
Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan
Rosman bertemu Aqram di Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft
Lab untuk mereka berdua. Farisha menyalin alamat e-mel Aqram.
Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga
berlaku pada waktu pagi. Shida bertemu dengan Khairul Anwar, manakala Farisha
bertemu dan mendapat penerangan daripada Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka
berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu yang pelik pada wajah Alia.
3. Petang
Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang
penyakit Farisha yang tiba-tiba pengsan di tempat kerja.
Pada waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik
Farisha untuk mencari jika ada ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada masai
itulah, Shida terjumpa fal yang mengandungi dokumen asal usul farisha. Dia
berasa sangat bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi Farisha.
Pada waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B,
tempat Farisha mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana membiarkan
Farisha seorang diri melaksanakan projek mini di Soft Lab. Mereka mendapati
Farisha masih lemah, tidak boleh banyak bercakap. Mereka minta diri untuk
pulang dan berjanji akan datang pada hari esok.
Pada waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid
dan Amin menyusup masuk ke dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran
Farisha dengan memasang peranti di pelipis kiri Farisha. Mereka merakamkan
setiap isyarat yang diterima.
Latar tempat
Bilik kerja Farisha di Soft Lab
Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan
projek mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia
dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding
dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai ‘touch screen’.
Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida
dengan saintis yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah
sedar yang dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan
antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.
Lapangan Terbang Senai
Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini
dia menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon
dengan kuat sehingga mengganggu orang lain.
Monorel – Stesen kereta api ke Puchong
Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha
dapat menemui seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna
ungu menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan
wanita itu.
Rumah agam Karl di Puchong
Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi
bagi membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang
tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini
yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.
Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis
hebat yang membangunkan Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap
4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat.
Rumah Azraai
Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak
menyangka akan menerima khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu
dia mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak
angkat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling
mengambil berat dan risau akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap
menelefon adiknya dan memasang iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha
dengan rumah Azraai.
2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara
yang kuat. Dia tidak pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat
Farisha berasa jengkel.
3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan
kehebatan masing-masing dalam dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat
menerima kenyataan yang Marilyn lebih hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj
Marilyn sehingga dia menjadi gila.
4. Masyarakat yang celik ICT
Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh
masyarakat yang sangat hebat dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program
baharu dan mampu juga menggodam computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT
dan mengaplikasikannya di rumahnya dan apartmen Farisha.
5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji
Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk
mencari Farisha sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana
menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk
menyelamatkan Dinara.
6. Masyarakat yang bijak
Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru
sahaja mendengar penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah
dapat mengesan kelemahan Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha
telah nampak banyak kelemahan Dinara. Kerana kebijaksanaannya itulah, dia
diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan – Farisha berada di lapangan
terbang untuk pulan selepas menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat
mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya
dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang
pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri
symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang
bernilai tinggi di Soft Lab.
2. Perkembangan – Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft
Lab dengan ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis
hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya iaitu
Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan
Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan
beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu penyelidik bernama Medina.
3. Konflik – Farisha berasa
sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya anak angkat.
Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik juga
berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan
dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl
tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan
untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.
4. Klimaks – Situasi semakin
tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha untuk sesi
komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya mahukan sesi
komunikasi dilakukan dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak
dijangka. Dia meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan situasi yang
tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan
tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam
terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl ( Shida
). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di bilik Dr Maxi
ketika ini.
5. Peleraian – Di rumah agam Karl
di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan menyesal kerana
meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan.
Medina menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda
dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam.
Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot
1. Imbas kembali
Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika
keluarganya menerima Farisha sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang
berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke
rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah
Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.
2. Dialog
Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan
di Hotel Renaissance.
Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang
membongkar kisah silam Khairul Anwar.
3. Saspens
Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi
bawah sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri
sangat mengjutkan semua yang ada di bilik pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi.
Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan
berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa
dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai,
nafasnya kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika
Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku
kepada Shida.
4. Pemerian
Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama
sebenarnya Muhammad Irfan. Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan.
Dia mencuri dompet Karl. Karl membawanya pulang, memberi makanan, menggantikan
pakaiannya dan menggantikan ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul
Anwar.
Gaya Bahasa
Sinkope
Contohnya apabila kau dah sihat
nanti.
Kamu ni kuli batak perempuan gila tu, kan?
Bahasa Inggeris
Contohnya knowledge base , server, cyborg, lunch hour.
Istilah teknologi maklumat
Contohnya teknologi hypervisor, retinal scanner, mikrocip, implan,
peranti.